Sukacita dimaklumkan inisiatif Klik Dengan Bijak (Click Wisely) telah terpilih untuk fasa undian bagi merebut hadiah WSIS 2023 yang akan berlangsung pada 13-17 Mac 2023 di Geneva, Switzerland. Inisiatif Klik Dengan Bijak yang mewakili Malaysia ini telah terpilih bersama projek-projek ICT dari seluruh dunia.
Untuk menyokong penyertaan inisiatif Klik Dengan Bijak dalam anugerah ini, anda boleh mengundi dengan langkah-langkah berikut:
2. Daftar dan login dengan menggunakan Username dan Password. Satu email pengesahan pendaftaran akan dihantar ke email dan anda perlu mengesahkan email tersebut terlebih dahulu.
3. Sila klik setiap kategori dan cari projek untuk kategori 17 di bawah “Ethical dimensions of the Information Society” untuk mengundi insiatif Klik Dengan Bijak di bawah tajuk Klik Dengan Bijak (Click Wisely).
4. Anda boleh mengundi kesemua 18 kategori yang dipertandingkan.