Laporan Program Latihan Keusahawanan Bersama Usahawan Pengerang bertempat di Pusat Internet Kg Masjid Anjuran Bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Masjid & Mutiara Food Consultancy.
Tarikh : 2 JUN 2018
Masa : 10.30 Pagi - 1.30 Petang
Tempat : Pusat Internet Kg Masjid
Modul : Program Latihan Keusahawanan (Kursus Pengendalian Makanan)
Peserta : 14 Orang
Tujuan :
Objektif LPM secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada Usahawan baru tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pembeli makanan mereka. LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali, bahan makanan dan premis makanan.Secara tidak langsung, kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan.