Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)

Masa : 09.00 Pagi

Jumlah Peserta : 5 Orang

Tujuan :

Peserta didedahkan tentang penggunaan aplikasi membuat video Wondershare Filmora. Peserta dikenalkan dengan setiap fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi. Juga didedahkan dengan teknik membuat video kreatif walaupun singkat. 

Modul untuk kelas ini adalah menggunakan video tutorial di youtube. Video yang dihasilkan diakhir kelas adalah tentang video montaj diri peserta. Video tersebut akan dimuatnaik di laman media sosial Pusat Internet. Peserta juga diberi kelas asas membuat video kerana dapat memperkenalkan dan menambah softskills peserta dengan beberapa kemahiran yang sedang popular pada masa kini sebagai belia dan anak muda yang cakna dengan persekitaran dan isu semasa.