NASI LEMAK KUKUS BERLAUK 

Suraya Hanim Binti Salleh merupakan anak jati pengerang yang merupakan pengasas kepada perniagaan “Nasi Lemak Kukus Berlauk”. Beliau memulakan perniagaan nasi lemak kukus berlauk sejak setahun  yang lalu di mana perniagaan beliau hanyalah secara “offline” sahaja. Bertitik tolak daripada pelawat di PI Kg Masjid, beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan alam maya melalui bantuan petugas yang ada.

 Manakala daripada aspek pemasaran pula beliau banyak menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Kg Masjid untuk memperluaskan lagi perniagaannya terutamanya dari segi promosi. Kakitangan Pusat Internet juga telah memberikan tunjuk ajar kepada beliau  melalui cara membuat promosi secara online pada kelas yang diikuti. Skop yang digunakan untuk mempromosikan produk perniagaannya ialah Myshop .

 Selain  dariapada itu, beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan Mypec pada bulan Mac 2017, yang mana kelas tersebut adalah untuk membantu usahawan Pengerang dalam meningkatkan  sistem perniagaan yang bersistematik dalam sesuatu skop perniagaan yang dijalankan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Masjid pelanggan beliau bertambah dari hari ke hari. 

Untuk tempahan boleh hunbungi nombor di bawah
012-6939223