Latar Belakang

Adik Syakirah merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Ramunia. Merupakan pengunjung yang sering datang ke Pusat Internet Komuniti Kg Masjid saban minggu untuk menghadiri Bengkel ICT yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet. Bermula daripada bengkel asas perisian komputer adik Syakirah mula mempelajari asas-asas microsoft dan kini beliau arif dalam penggunaan perisian ini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum  penglibatannya di Pusat Internet, adik Syakirah tidak cekap menggunakan perisian komputer dan tidak mengenali komponen komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai perisian seperti Microsoft Word dan komponen komputer Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PIK, adik Syakirah semakin mahir dan cekap dalam penggunaan komputer tanpa rasa janggal dan yakin sekali.