Mohammad Nurhelmee Bin Mohd Khaidir merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Pengerang, Johor. Beliau kurang arif dalam penggunaan ICT. Kami mengambil kesempatan pada cuti sekolah yang lalu untuk membantu beliau agar beliau celik it dengan memberi penerangan berkenaan penggunaan Microsoft Excel  untuk kegunaan dalam aktiviti pembelajaran akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Tidak mengetahui cara membuat jadual lengkap di dalam Microsoft Excel
  • Tidak mengetahui fungsi-fungsi Microsoft Excel yang boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran
  • Tidak mengetahui fungsi-fungsi yang ada di dalam Microsoft Excel

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg.Masjid Teluk Ramunia, beliau kini telah mengetahui dan memahami fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Excel yang boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran akan datang.