Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI -

Tidak mahir & tidak mengetahui fungsi asas dalam penggunaan Microsoft Word - Tidak mengetahui fungsi-fungsi Microsoft Word yang boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Kg. Teluk Ramunia, beliau kini telah mengetahui dan memahami fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Word yang boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran akan datang.

 

 

Mohamad Fikri Bin Yaacob merupakan seorang graduan daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dalam bidang Seni Kulinari. Anak ke lima daripada Sembilan orang adik beradik ini bertugas sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama hampir 8 tahun. Namun begitu, minat mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan beliau menjinakan diri dalam beberapa perniagaan kecil-kecilan secara sambilan. Bermula dengan titik tolak berniaga pakaian di pasar malam beliau nekad untuk terus berusaha walaupun beberapa kali gagal dalam perniagaan. Beliau pernah menjual kasut sukan, sabun pakaian, catering dan kini sedang dalam proses membuka kedai makanan sejuk beku di Kelantan dengan usahasama rakan kongsi beliau.

     Memandangkan beliau mempunyai kemahiran dalam bidang masakan, beliau mengambil peluang dan ruang yang ada di kawasan Pengerang untuk mengusahakan jualan makanan (catering) pada masa lapang. Semua sedia maklum bahawa Pengerang sedang membangun melalui Projek Rapid. Justeru, perniagaan catering merupakan pilihan beliau yang tepat dalam meningkatkan ekonomi keluarga, memantapkan kemahiran memasak dan mengisi masa terluang dengan minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan. 

     Pusat Internet Kg Masjid merupakan platform permulaan beliau dalam bidang catering. Melalui Pusat Internet Kg Masjid, perniagaan beliau mula berkembang secara perlahan-lahan. Kakitangan Pusat Internet Kg Masjid membantu dari segi pembuatan flyers dan strategi pemasaran. Daripada aspek pembuatan flyers, beliau banyak belajar melalui kelas Latihan Adobe Photoshop yang diadakan oleh petugas di PI Kampung Masjid.

     Manakala daripada aspek pemasaran pula beliau banyak menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk memperluaskan lagi perniagaannya terutamanya dari segi hebahan dan juga maklumat terkini mengenai produk perniagaannya melalui mediasosial seperti Facebook. Selain itu, program keusahawanan seperti Program Pengendalian Makanan yang diadakan di PI Kampung Masjid juga telah turut disertai oleh beliau.

     Walaupun perniagaan secara sambilan (hujung minggu) namun, usaha beliau membuahkan hasil apabila beliau kini mampu menjana pendapatan sampingan dalam lingkungan Rm200.00-Rm300.00 sebulan.

 

 

NASI LEMAK KUKUS BERLAUK 

Suraya Hanim Binti Salleh merupakan anak jati pengerang yang merupakan pengasas kepada perniagaan “Nasi Lemak Kukus Berlauk”. Beliau memulakan perniagaan nasi lemak kukus berlauk sejak setahun  yang lalu di mana perniagaan beliau hanyalah secara “offline” sahaja. Bertitik tolak daripada pelawat di PI Kg Masjid, beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan alam maya melalui bantuan petugas yang ada.

 Manakala daripada aspek pemasaran pula beliau banyak menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Kg Masjid untuk memperluaskan lagi perniagaannya terutamanya dari segi promosi. Kakitangan Pusat Internet juga telah memberikan tunjuk ajar kepada beliau  melalui cara membuat promosi secara online pada kelas yang diikuti. Skop yang digunakan untuk mempromosikan produk perniagaannya ialah Myshop .

 Selain  dariapada itu, beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan Mypec pada bulan Mac 2017, yang mana kelas tersebut adalah untuk membantu usahawan Pengerang dalam meningkatkan  sistem perniagaan yang bersistematik dalam sesuatu skop perniagaan yang dijalankan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Masjid pelanggan beliau bertambah dari hari ke hari. 

Untuk tempahan boleh hunbungi nombor di bawah
012-6939223

    Zulaika Binti Zulkifli merupakan anak jati pengerang yang merupakan pengasas kepada perniagaan “Santan Segar”. Beliau memulakan perniagaan santan segar sejak 7 bulan yang lalu di mana perniagaan beliau hanyalah secara “offline” sahaja. Bertitik tolak daripada pelawat di PI Kg Masjid, beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan alam maya melalui bantuan petugas yang ada.

    Beliau berpendapat bahawa perniagaan atas talian ini memberi potensi pelanggan yang besar yang tidak bersempadan dan hal ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan perniagaan beliau dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau nekad untuk hadir ke kelas, kursus dan taklimat yang pihak Pusat Internet anjurkan bagi manaiktaraf lagi perniagaan beliau. Kakitangan Pusat Internet Kg Masjid membantu dari segi pembuatan flyers dan strategi pemasaran. Daripada aspek pembuatan flyers, beliau banyak belajar melalui kelas Latihan Adobe Photoshop yang diadakan oleh petugas di PI Kampung Masjid

     Manakala daripada aspek pemasaran pula beliau banyak menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk memperluaskan lagi perniagaannya terutamanya dari segi hebahan dan juga maklumat terkini mengenai produk perniagaannya melalui mediasosial seperti Facebook. Selain itu, program keusahawanan seperti Program Pengendalian Makanan yang diadakan di PI Kampung Masjid juga telah turut disertai oleh beliau.

Chu Liok Ling merupakan antara pengguna berbangsa Cina di Pusat Internet Kg Masjid Beliau kurang arif dalam penggunaan ICT. Beliau mendapat maklumat berkenaan Latihan ICT di PI Kg Masjid melalui Ketua Kampung Teluk Ramunia,Tn.Hj.Syed Bahrim Bin Syed Ibrahim.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Tidak mengetahui fungsi aplikasi dan penggunaan aplikasi di telefon pintar seperti WeChat dan Whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Masjid Teluk Ramunia, beliau kini telah mengetahui dan memahami fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam aplikasi telefon pintar. Beliau mempelajari cara untuk “install dan uninstall” aplikasi, copy & paste,edit tulisan dan sebagainya.