Ekspedisi Bukit Belungkor, Pengerang. Dianjurkan Kesuma Pengerang bersama Kelab Belia Generasi Teluk Ramunia, Persatuan Ibu Tunggal Felda Sening &
Persatuan Muslimah Prihatin Pengerang bersama-sama menyesuri Bukit Belungkor.
Seramai 35 orang bersama-sama menyesuri Bukit Belungkor sehingga ke puncak dan berjaya dengan selamat serta tetap bersemangat walaupun pelbagai cabaran.
 
  
  

Belia Kampung Telok Ramunia.

Gerakan Belia Kampung Telok Ramunia merupakan salah satu gerakan belia yang aktif di daerah Pengerang. Gerakan belia ini diketuai oleh Puan Rasidah Baharuddin. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti program berbentuk kesukanan dan juga program pembangunan belia. Pembangunan gerakan belia ini juga turut disambut baik daripada gerakan belia daripada kampung-kampung yang berhampiran, dimana setiap aktiviti yang dilaksanakan akan disertai oleh belia daripada daerah yang lain juga. Galakan program dari gerakan belia Telok Ramunia ini adalah bertujuan untuk memacu anak-anak muda di kampung untuk lebih positif dan setia erat dalam perhubungan komuniti sebagai satu gerakan belia.

Antara program yang telah dijalankan:

1. Program Hari Sukan Futsal Dun Tanjung Surat

2. Program Sukan Futsal Belia Peringkat Kampung Telok Ramunia

3. Hari Sukan Rakyat - Telok Ramunia 

4. Gotong Royong Amal Bersama Belia Telok Ramunia

5. Wanita Perkasa Berdaya Kesukanan