Pusat Internet merupakan satu program di mana pihak Malaysian Communications and Multimedia Commission(MCMC) ataupun dahulunya dikenali sebagai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) bekerjasama dengan pihak Telekom Malaysia(TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. menyediakan capaian internet jalur lebar serta kemudahan IT seperti program latihan ICT dan pembangunan modal insan, penggunaan PC, capaian internet jalur lebar berkecapaian tinggi, cetakan, pembayaran bil dan pelbagai lagi di seluruh Negara bertujuan bagi merapatkan jurang digital antara komuniti setempat khususnya antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar.

Selain itu, kewujudan PI juga turut berfungsi sebagai rangkaian utama serta pusat perkhidmatan ICT kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti aplikasi kerajaan secara atas talian, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan mahir ICT menjelang tahun 2020. Sejajar dengan kepesatan kecanggihan dan perkhidmatan teknologi, kementerian berhasrat menjadikan Pi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
2. E-Pembelajaran (e-Learning)
3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
4. Pusat Komunikasi
5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan
 
7. Perkhidmatan Fotostat Dokumen