TELUK RAMUNIA

Teluk Ramunia merupakan kawasan pekan perlombongan bauksit yang terletak di Pengerang, Tenggara Johor,Malaysia dan menghadap Laut China Selatan. Ramunia merupakan nama sejenis buah-buahan tempatan yang rasanya agak masam. Teluk Ramunia diwakili oleh parlimen Pengerang iaitu Dato' Seri Azalina Othman Said

 

PENGASAS TELUK RAMUNIA

 

 

Teluk Ramunia ini telah dibuka oleh 2 orang beradik iaitu Tuan Syed Abdul Rahman dan Tuan Syed Abu Bakar. Mereka adalah di antara yang terlibat di dalam perang saudara yang terakhir iaitu Perang Tamai, di antara Tun Mutahir dan adiknya Tun Ahmad, di Pahang pada tahu 1863M semasa pergelutan merebut takhta kerajaan Pahang selepas kemangkatan ayahanda mereka, Bendahara Tun Ali.

Peperangan ini berakhir dengan kemangkatan Tun Mutahir dan anaknya akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei 1863M, lalu dikebumikan di Tanjung Puteri. Di dalam peperangan tersebut, Temenggung Ibrahim dan anaknya Sultan Abu Bakar yang berpusat di Pulau Singapura, telah menyebelahi Tun Mutahir. Apabila Tuan Syed Abdul Rahman dan Tuan Syed Abu Bakar yang menyebelahi Tun Mutahir telah tewas di dalam peperangan tersebut dan kemudian melarikan diri bersama-sama pasukan yang kalah ke Kampung Pahang di Singapura. Setelah beberapa menetap di situ, mereka mengambil keputusan untuk meneroka sebuah penempatan yang baru. Selepas itu, mereka meneruskan pelayaran dengan tujuan tersebut. Beberapa hari kemudian mereka telah tiba di sebuah kukup lalu mendarat di situ (Di kawasan Masjid Teluk Ramunia sekarang).