Zulaika Binti Zulkifli merupakan anak jati pengerang yang merupakan pengasas kepada perniagaan “Santan Segar”. Beliau memulakan perniagaan santan segar sejak 7 bulan yang lalu di mana perniagaan beliau hanyalah secara “offline” sahaja. Bertitik tolak daripada pelawat di PI Kg Masjid, beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan alam maya melalui bantuan petugas yang ada.

    Beliau berpendapat bahawa perniagaan atas talian ini memberi potensi pelanggan yang besar yang tidak bersempadan dan hal ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan perniagaan beliau dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau nekad untuk hadir ke kelas, kursus dan taklimat yang pihak Pusat Internet anjurkan bagi manaiktaraf lagi perniagaan beliau. Kakitangan Pusat Internet Kg Masjid membantu dari segi pembuatan flyers dan strategi pemasaran. Daripada aspek pembuatan flyers, beliau banyak belajar melalui kelas Latihan Adobe Photoshop yang diadakan oleh petugas di PI Kampung Masjid

     Manakala daripada aspek pemasaran pula beliau banyak menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk memperluaskan lagi perniagaannya terutamanya dari segi hebahan dan juga maklumat terkini mengenai produk perniagaannya melalui mediasosial seperti Facebook. Selain itu, program keusahawanan seperti Program Pengendalian Makanan yang diadakan di PI Kampung Masjid juga telah turut disertai oleh beliau.