Sekolah Menengah Kebangsaan Pengerang Utama terletak di Taman Bayu Damai,Pengerang,Johor. Sekolah ini merupakan baharu siap dibina dan mula beroperasi pada 16 Jun 2019.Majlis pelancaran operasi SMK Pengerang Utama telah disempurnakan pada 18 Jun 2019 oleh Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda Bin Haji Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sumber Manusia Sains Dan Teknologi.

Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menempatkan pelajar dari SMK Tanjung Datuk berhampiran Pekan Sungai Rengit yang dihentikan operasinya akibat pengambilan tanah oleh pihak DIALOG.Syarikat tersebut telah membeli tapak sekolah SMK Tanjung Datuk untuk dimajukan sebagai hub penyimpanan minyak. Sehubungan dengan itu, penduduk daripada tujuh buah kampung di sekitar SMK Tanjung Datuk juga telah dipindahkan ke penempatan baru di Taman Bayu Damai sebelum sekolah ini siap dibina.

Sekolah yang berstatus luar bandar ini mempunyai seramai 730 orang pelajar termasuk murid pendidikan khas kelas peralihan,murid tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai 74 orang guru dan 18 orang staff sokongan serta dilengkapi fasiliti moden.

Header image for the site