Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia,

81620 Pengerang Johor

Nama asal sekolah ini semasa ditubuhkan ialah Sekolah Melayu Telok Ramunia, ditubuhkan pada tahun 1926 yg diasaskan oleh Allahyarham Tuan Syed Mohammad Bin Syed Abd Rahman. Tapak asal sekolah ini terletak di Kampung Masjid dan dipindahkan ke Kampung Changi hingga sekarang. Sekolah ini juga pernah menggunakan hospital Jepun sebagai sekolah pada 1946.

Pada tahun 1964 Sekolah Melayu telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanyalah berdindingkan kayu dan berbumbungkan atap.Pada tahun 1964 sekolah ini mendapat bangunan baru yang mempunyai kemudahan 4 bilik darjah, pejabat, kantin, tandas murid serta guru, pam air dan rumah guru. Dalam tahun 1970, sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 2 buah bilik darjah, pejabat dan bilik guru.

Kemudian pada tahu 1985, Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia telah mendapatkan bangunan tempahan yang mengandungi 3 bilik darjah dan sebuah stor dalam projek kilat. Memandangkan pertambahan murid semakin pesat, pada tahum 1987 pula, sebuah bangunan mengandungi 4 bilik darjah telah didirikan secara gotong-royong.

Pada tahun awal 1990-an, Kampung Telok Ramunia telah menerima perubahan yang pesat dengan munculnya sebuah syarikat bina berat SIME SEMBAWANG. Syarikat tersebut kemudiannya telah menyumbangkan sebuah bangunan yang terdiri daripada 2 bilik darjah dan sebuah bilik guru. Perubahan baru ialah pada tahun 2002, dimana sekolah ini turut menerima bangunan 4 tingkat yang terdiri daripada 6 bilik darjah, pusat sumber dan perpustakaan, makmal sains, makmal komputer, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik mesyuarat serta tandas dan stor.

Bermula pada tahun 2015, SK Teluk Ramunia dan SK Sungai Kapal berkongsi satu kawasan sekolah yang sama.Hal ini kerana SK Sungai Kapal yang dahulunya terletak di Kampung Sungai Kapal terlibat dengan projek Rapid Pengerang. Oleh itu, SK Sungai Kapal ditempatkan secara sementara di SK Teluk Ramunia sementara menunggu kawasan persekolahan yang baharu.

 

 

          Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk

     81620, Pengerang Johor

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk, Pengerang Johor Mula Dibina Pada Tahun 1969 Dan Mula Digunakan Pada Tahun 1970. Pada Tahun 1965 Hingga Tahun 1970, Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah  Menumpang Di Sk Pengerang, Sk Sungai Rengit, Sk Sungai Kapal, Sk Teluk Ramunia, Sjkc Yok Poon Dan Sjkc Pey Min. Pusat Pentadbiran Sekolah Pula Ialah Di Smr Sungai Rengit.

Pada Tahun 1970, Ketika Encik Mohd Sies Bin. Kamsan Menjadi Pengetua Kedua, Beliau Telah Memindahkan Pusat Pentadbiran Sekolah Ini Dari Smr Sungai Rengit Ke Sm Tanjung Datuk. Tanjung Datuk Diambil Sempena Nama Dari Kedudukan Lokasinya Yang Terletak Berhampiran Dengan Sebuah Tanjung Yang Diberi Nama Tanjung Datuk. Maka, Sekolah Ini Dinamakan Smk Tanjung Datuk.Pada Tahun 1981, Smk Tanjung Datuk Telah Menubuhkan Sekolah Cawangannya Iaitu Smr Adela, Kota Tinggi Bagi Menumpangkan Para Pelajar Dari Gugusan Adela.

 

 

                                                                PROFIL AM

Kod Sekolah

JEE3038

Alamat

Jln Sungai Buntu, Pengerang

PPD

PPD Kota Tinggi

Status

Beroperasi

No Telefon

078263213

No Fax

078263617

Sesi

Pagi Sahaja

Jenis Bantuan

Sekolah Kerajaan

Jenis Murid

Lelaki dan Perempuan

Bahasa Penghantar

Bahasa Melayu

                          Jenis Asrama

Asrama Sekolah Harian